Sultan Muhammad Al-Fateh

0
15098
sumber

Khalifah ke-7 dibawah Kerajaan Uthmaniyyah iaitu Sultan Muhammad II yang telah dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne yang terletak di antara sempadan Turki-Bulgaria. Walaubagaimanapun, 800 tahun sebelum kelahirannya, baginda telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam hadis Rasulullah S.AW. yang bermaksud:

Sabda Rasulullah S.A.W. ketik menggali parit dalam peperangan Khandaq: “… Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera-tentera Islam. Rajanya ada sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Maka telah ramai umat Islam berlumba-lumba untuk menawan kota Constantinople bagi mengecapi apa yang telah dijanjikan Allah S.W.T. di dalam hadis tersebut. Namun begitu, kesemua kempen itu telah gagal. Sebagai contoh, Kerajaan Umaiyyah yang melakukan lima kali kempen serangan, satu kali pada zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

- advertisement -

Abu Ayyub al-Ansary R.A. iaitu sahabat Rasulullah S.A.W. telah syahid di dalam sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah telah dimakankan jasadnya di bawah dinding kota Constantinople di atas permintaannya sendiri. Ini kerana beliau ingin mendengar derapan tapak kaki kuda apabila raja yang akan mengetuai “sebaik-baik tentera” semasa mereka membebaskan kota itu.

Akhirnya, hadis ini telah berjaya dibuktikan oleh tentera yang dipimpian oleh Sultan Muhammad II ketika pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah. Disebabkan kejayaan baginda menawan kota itu yang memberikan gelaran Muhammad al-Fateh yang beerti “Pembuka yang besar”.

Pada umur 21 tahun, baginda telah menawan Kota Constantinople justeru telah menggulingkan Empayar Byzantine. Baginda Sultan cuma memerintah Kerajaan Uthmaniyyah pada 1444 hingga 1446 dan kemudian pada tahun 1451 hingga 1481.

Muhammad al-Fateh juga merupakan seorang yang mahir dalam pelbagai bidang seperti sains, matematik, dan telah menguasai enam bahasa ketika baginda berada di usia muda iaitu bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin. Tidak terkecuali juga dengan ilmu peperangan dimana baginda telah diajar taktik peperangan, memanah serta menunggang kuda.

Ketika ayahandanya, Sultan Murad II pergi bersuluk di Pulau Magnesia, baginda telah dilantik sebagai pemangku jawatan ayahandanya itu dan pada waktu seusia itu, baginda sudah pun matang dan pandai menangani tipu daya musuh.

Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda dengan begitu sahaja membuka baju dan serbannya bagi melakukan kerja-kerja berat. Ada yang mengatakan bahawa Muhammad al-Fateh sangat kuat menyimpan rahsia kerajaannya.

Sebelum menyerang kota Constatinople, baginda telah mengkaji dahulu setiap titik-titik kelemahan yang ada pada kota itu serta sebab-sebab kegagalan serangan-serangan sebelum ini. Setelah itu, baginda akan membawa ke meja perbincangan bersama jeneral-jeneral perangnya.

Persiapan awal sebelum serangan ialah baginda mengarahkan peralatan perang yang paling moden dibina iaitu meriam yang sangat besar dimana ia mampu melepaskan tembakan menggunakan pelurunya seberat 300kg dengan jarak tembakan sejauh satu batu.

Setelah segala persiapan telah disusun rapi, baginda telah menghantar utusan kepada raja Byzantine supaya beliau menyerah kalah. Akibat daripada raja itu enggan menyerah kalah, kota itu telah dikepung oleh tentera-tentera Sultan Muhammad.

Baginda telah membawa bersama para ulama’ ke medan perang bagi menaikkan semangat jihad tenteranya. Sebagai serangan psikologi, apabila berhampiran dengan tembok kota itu, azan telah dilaungkan dan seramai 150 ribu bala tentera baginda melakukan solat secara berjemaah.

Daripada jumlah tentera yang bersolat secara berjemaah secara beramai-ramai itu, telah menggigilkan tentera-tentera Byzantine kerana itu menunjukkan bahawa taat serta bersatu padunya tentera Islam walaupun ketika solat.

Pada tanggal 19 April 1453, kota itu telah dihujani dengan tembakan meriam selama beberapa hari hingga lapisan dinding luarnya rosak teruk. Namun begitu, baginda juga telah mengarahkan penggunaan menara bergerak bagi memudahkan kemasukan tenteranya ke dalam kota Constantinople. Namun begitu, percubaan ini telah dipatahkan oleh tentera Byzantine.

Semangat tentera Byzantine telah naik semula apabila berjaya menyekat kemaraan armada Uthmaniyyah di Teluk Golden Horn dengan cara merentangi teluk itu dengan rantai besi. Pope dari Vatican juga tidak terkecuali menghantar bantuan lima buah armada yang dipenuhi dengan tentera dan senjata yang lengkap.

Akibat daripada sekatan di teluk itu, Sultan Muhammad al-Fateh telah mengarahkan tenteranya membina sebuah jalan yang menggunakan kayu balak sahaja. Ini ialah cara mereka mengangkat kapal yang tersangkut dengan rantai besi itu untuk melakukan serangan kapal melalui jalan darat. Tanpa disedari oleh tentera Byzantine, beberapa buah kapal tentera Uthmaniyyah telah meluncur turun dari gunung dengan lajunya sehingga boleh memutuskan rantai-rantai besi itu dan banyak kapal-kapal tentera Byzantine telah dibakar menggunakan kapal penyembur api.

Pengepungan selama sebulan lebih telah mematahkan semangat tentera-tentera Uthmaniyyah. Kemudian Sultan Muhammad al-Fateh telah berucap bahawa baginda bersedia untuk mati di jalan Allah S.W.T. dan sesiapa yang mahu syahid, maka ikutlah baginda.

Daripada ucapan itu telah menaikkan semangat tentera-tentera Uthmaniyyah dan Hassan Ulubate, salah seorang tentera baginda yang memimpin sekumpulan kecil tentera telah berjaya menembusi kubu musuh dan memacakkan bendera Uthmaniyaah. Malangnya mereka semua telah syahid dihinggapi ribuan anak panah tentera Byzantine.

Akhirnya, pada 29 Mei 1453, kota Constantinople telah jatuh di tangan Sultan Muhammad al-Fateh. Nama kota itu telah ditukar kepada Islambol (Islam Keseluruhan) dan gereja besar St. Sophies telah diubah namanya menjadi Masjid Hagia Sophia.

Hingga kini, bangunan Hagia Sophia ini dikekalkan sebagai bangunan bersejarah dan dijadikan muzium di Istanbul, Turki. Nama Istanbul ini juga telah ditukarkan oleh Mustafa Kamal Ataturk daripada nama asalnya, Islambol.

Oleh: ISKANDAR MOHAMAD ALI

Sumber daripada www.ummatanwasatan.net

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here