Home » Citra Yadim » Kerjasama Anjur Program Bandar Selamat Batu Pahat

Kerjasama Anjur Program Bandar Selamat Batu Pahat

BATU PAHAT –  Pertubuhan Kebajikan Ruqaiyyah Batu Pahat, Ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Johor pada 17 April telah bekerjasama menganjurkan satu sesi wacana komuniti.

Program bertajuk ‘Bandar Selamat Menjamin Kesihatan Mental Komuniti’ itu bertujuan menjadikan Batu Pahat sebagai sebuah perbandaran yang selamat untuk komunitinya.

Ketua Polis Johor,  Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Dato’ Dr Nooh Gadot merupakan panel bagi program ini manakala Pengarah YADIM Johor Johor, Muhamad Ammar Abdullah bertindak selaku moderator.

Ia dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Haji Kamaluddin Haji Jamal.

Program ini menghimpunkan ketua ketua agensi di Batu Pahat selain ketua ketua pertubuhan bukan kerajaan serta guru besar dan kaunselor sekolah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *