Home » Citra Yadim » Kerjasama KEMUDA YADIM -IKBN Wakaf Tapai

Kerjasama KEMUDA YADIM -IKBN Wakaf Tapai

PUTRAJAYA – Satu cawangan Rakan Belia Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RBY) bakal ditubuhkan di Terengganu, hasil usaha Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Cawangan yang pertama itu ialah di Institut Kemahiran Belia Negara di Wakaf Tapai, Terengganu.

Penubuhan cawangan tersebut dipersetujui kedua pihak dalam satu perbincangan dalam talian antara keduanya pada 17 Jun. Ia dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner.

Turut sama dalam perbincangan tersebut ialah Pengarah KEMUDA, Shahrizal Mat dan Pengarah YADIM Terengganu, Nasrul Hadi Saiadin.

Pihak IKBN Wakaf Tapai diwakili pengarahnya Zaini Abdul Aziz, Noorul Husna selaku Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Ustaz Mohd Al Hasri Bin Jusoh selaku Pembantu Hal Ehwal Islam.

RBY itu nanti yang ditubuhkan dikalangan ahli Majlis Pimpinan Pelajar akan menjalani latihan terus dengan bahagian KEMUDA YADIM sambil dibantu YADIM Terengganu.

Sementara itu, turut dibincangkan ialah gerak kerja bersama dalam memfokuskan aktiviti kepimpinan, kerohanian dan kebajikan belia-belia di IKBN Wakaf Tapai secara lapangan dan juga program di atas talian.

Penubuhan RBY dan gerak kerja pembanhunan belia ini diyakini akan memberi manfaat kepada kedua belah pihak.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *