Home » Citra Yadim » Warga Pulau Pinang disantuni YADIM, CIMB

Warga Pulau Pinang disantuni YADIM, CIMB

BUKIT MERTAJAM – Sebanyak 158 kotak rezeki diagihkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 18 Jun untuk golongan sasaran di sini.

Program dengan kerjasama CIMB Islamic Bank Berhad itu adalah sebahagian daripada pengisian Musa’adah YADIM 3.0 yang kini sedang berlangsung.

Selain Bukit Mertajam, sumbangan kotak rezeki ini turut diberi kepada golongan yang memerlukan di Sungai Bakap dan Timur Laut.

Kesemua penerima ialah mereka yang terjejas secara langsung dengan penularan Covid-19 dan memohon sumbangan menerusi laman Facebook YADIM Pulau Pinang.

Kotak rezeki ini disampaikan kepada Koordinator Sukarelawan YADIM Bukit Mertajam, Persatuan Proaktif Nibong Tebal dan Koordinator Sukarelawan YADIM Daerah Timur Laut.

Pengarah YADIM Pulau Pinang, Afifi Ruslan juga hadir.

Pada hari yang sama, YADIM Pulau Pinang juga menyampaikan sumbangan kepada 15 orang Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan di kawasan Padang Kota.

Kesemuanya bekerja sebagai tukang urut dan merupakan ahli Pertubuhan Kebajikan OKU Cacat Penglihatan Prihatin (PKOPP)

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *