Home » Citra Yadim » Kerjasama strategik YADIM – YPM

Kerjasama strategik YADIM – YPM

PERBINCANGAN Bagi menjalin kerjasama antara YADIM dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) telah diadakan pada 26 Mei 2023 di Menara MARA, Kuala Lumpur.
Antara objektif utama pertemuan ini adalah bagi membincangkan kerjasama strategik YADIM dan YPM khususnya penganjuran program yang melibatkan pelajaran serta Rakan Siswa YADIM.
Mewakili YPM dalam sesi perbincangan ialah Encik Mohd Amran Mohd Ariffin selaku Ketua Pegawai Eksekutif bersama Encik Abdul Shukor Ibrahim (Pengurus Seksyen Bantuan Persekolahan), Encik Fifie Shadafie (Eksekutif Seksyen Komunikasi Korporat) dan Encik Mohd Noornaimy Abd Naim (Eksekutif Seksyen Bantuan Persekolahan)
Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin, Encik Kamarul Redzuan Nali (Pengarah Kanan Sektor Kewangan), Encik Akmal Arif Abd Rahim (Pengarah Bahagian Pelaburan dan Penajaan), Encik Shahrizal Mat (Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda) dan Puan Salasiah Mohammed Arshad (Penolong Pengarah Bahagian Pelaburan dan Penajaan), pula mewakili badan dakwah ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *