Home » Citra Yadim » Kunjung hormat YADIM ke BSN

Kunjung hormat YADIM ke BSN

KUNJUNG HORMAT YADIM ke Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diadakan pada 25 Mei 2023 di Wisma BSN, Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama strategik dan cadangan penajaan program Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2023.

Pertemuan tersebut sedikit sebanyak telah merapatkan lagi hubungan strategik sesama organisasi di samping saling menyokong hasrat dalam mencapai hasil yang dihasratkan.

Dalam sesi perbincangan ini, BSN telah diwakili oleh Izzuddin Abdussalam Hamid selaku Pengurus Pematuhan Syariah, Mohamad Azharuddin Mohamad Ali (Ketua Bahagian Syariah), Mohd Rizal Sumari (Pengurus Bahagian Komunikasi Pemasaran), Noorzuriaty Mohd Yazit (Bahagian Hal Ehwal Korporat, Jabatan Komunikasi Strategik).

YADIM telah diketuai oleh Akmal Arif Abd Rahim (Pengarah Bahagian Pelaburan dan Penajaan), Fitri Aziz Mohd Yusof (Pengarah Institut Latihan Dakwah YADIM), Muhammad Ashraf Malek (Penolong Pengarah Unit Pembangunan Daie), Salasiah Mohammed Arshad (Penolong Pengarah Pelaburan dan Penajaan), Zulnizzam Zulkifli (Penolong Pengarah Unit Pembangunan Daie) dan Nor Amirah Mohd Amin Soo (Bahagian Pelaburan dan Penajaan).

YADIM berharap agar hubungan dan kerjasama yang terjalin bersama Bank Simpanan Nasional dapat dikekalkan dalam sebarang program aktiviti yang akan datang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *