Home » Citra Yadim » Kerusi roda untuk OKU di Felda Bukit Goh

Kerusi roda untuk OKU di Felda Bukit Goh

KUANTAN – Seorang ibu tua bersusah payah memapah anaknya yang kurang upaya bergerak di dalam rumahnya di Felda Bukit Goh di sini.

Tampak sihat sahaja tubuh badan lelaki itu, tetapi hakikatnya dia hilang upaya fizikal dan mental akibat musibah kemalangan yang menimpa dirinya.

Untuk memudahkan pergerakannya, lelaki tersebut, Nik Muhaimin Nik Fauzi diberikan sebuah kerusi roda. Namun akibat sudah terlalu lama digunakan, ia mula rosak hingga menyukarkan pergerakannya.

Wanita berkenaan, Siti Zatul Jannah menyuarakan hasrat dapatlah kiranya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang membantunya bagi membolehkan anaknya itu diberikan kerusi roda yang baharu.

Cakna dan segera bertindak atas kesukaran yang menimpa dua beranak ini, YADIM Pahang pada 18 Jun telah berkunjung ke kediaman Siti Zatul di sini bagi memenuhi hasrat wanita itu yang mahu melihat anaknya dapat bergerak dengan lebih mudah dalam rumahnya.

Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok menyampaikan sendiri kerusi roda berkenaan kepada Nik Muhaimin. Hadir sama ialah penolong pengarahnya, Dr Amirul Mukmin Abdullah.

Turut disampaikan ialah bekalan lampin pakai buang sebanyak 45 pek yang dijangka cukup untuk kegunaan selama tiga bulan.

Program menyantuni rakyat oleh YADIM Pahang ini adalah sebahagian daripada pengisian untuk Musaádah YADIM 3.0 di negeri ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *