Home » Citra Yadim » Musaádah YADIM 3.0 di Kulim, Bandar Baharu

Musaádah YADIM 3.0 di Kulim, Bandar Baharu

KULIM – Pada 19 Jun, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan kerjasama Majlis Belia Bandar Baharu  serta Jabatan Belia dan Sukan Kulim telah mengadakan program YADIM Peduli bagi menyantuni golongan yang memerlukan di sekitar kawasan ini dan Bandar Baharu.

Program bermula dengan menyantuni petugas barisan hadapan di sekatan jalan raya Sungai Puting Kampung Badlishah Serdang, Bilikan Gerakan Covid-19 Serdang, Balai Bomba Serdang dan anggota Angkatan  Pertahanan Awam Serdang menerusi pemberian barangan makanan dan air mineral.

Seterusnya program diteruskan dengan memberi sumbangan kepada mereka yang terkesan dengan penularan Covid-19 dan asnaf di kawasan ini.

Mereka terdiri daripaa warga emas, pesakit kronik, peniaga kecil dan mereka yang kehilangan pekerjaan di Komplek Belia dan Sukan Serdang di sini.

Seramai 35 keluarga menerima sumbangan pek makanan asasi terdiri daripada beras, gula, tepung, gula, biskut, telur, teh, kopi, minyak dan jus minuman.

Urusetia kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada 25 pesakit kronik di beberapa kampung berhampiran pekan Serdang, antaranya Kampung Majidee, Kampung Baru, Kampun Baru Lombong, Kampung Sungai Setoi, Kampung Tengah dan beberapa kawasan lain.

Mewakili YADIM dalam program ini ialah Ustaz Azmi Mohammad, Pengerusi Majlis Belia Daerah Bandar Baharu, Mohd Fadzil Amir Hamzah, Pegawai Belia dan Sukan Serdang, Ramli Sani, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Serdang, Kumerason A/L Chandrasagaran, wakil Angkatan Pertahanan Awam Serdang, Rafi Mohd Radhi serta sukarelawan Majlis Belia Serdang.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *