Home » Langit Terbuka » Kes hina Nabi atau Raja diselesaikan dua-empat minggu

Kes hina Nabi atau Raja diselesaikan dua-empat minggu

Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkata, kebanyakan kesalahan yang disiasat pihaknya, menjurus kepada perbuatan menghantar kandungan jelik dan video-video seks serta lucah melalui aplikasi WhatsApp dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS). - Foto FMT

CYBERJAYA – Kes berprofil tinggi seperti penghinaan terhadap Nabi Muhammad atau institusi diraja di media sosial diberi keutamaan satu untuk diselesaikan dalam masa dua hingga empat minggu.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohd. Shafie Harun berkata, kes keutamaan kedua pula harus diselesaikan dalam masa 12 minggu manakala keutamaan ketiga adalah 24 minggu.

“Sepanjang tahun ini sahaja, SKMM telah menerima 110 kes manakala pada tahun lalu adalah 237 kes.

“Sejak 2018 sehingga 30 Mac lalu, sebanyak 710 barang kes telah disita kerana terlibat dalam kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Mohd. Shafie berkata, pihaknya baru-baru ini telah menjalankan operasi serbuan di empat lokasi iaitu Bangi, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Cameron Highlands bagi mengekang penyalahgunaan media sosial.

Katanya, serbuan terbaharu itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada orang ramai dan menyusul seminggu selepas serbuan sama dijalankan di 11 lokasi di beberapa negeri.

“Dalam operasi terkini itu, kami dengan kerjasama pihak polis berjaya merampas 16 barang kes berupa kad sim, kad memori, telefon bimbit, cakera keras luaran dan komputer riba.

“Selain barang-barang berkenaan, turut ditemukan dalam serbuan itu adalah gambar-gambar lucah dan video seks berkaitan dengan kes-kes yang disiasat,” katanya.

Tambah beliau, kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh suspek menjurus kepada perbuatan menghantar kandungan jelik dan video-video seks serta lucah melalui aplikasi WhatsApp dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Katanya, kes-kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *