Home » Langit Terbuka » Ketagihan Seks Diiktiraf Penyakit Mental – WHO

Ketagihan Seks Diiktiraf Penyakit Mental – WHO

Perdebatan istilah 'ketagihan seks' diperkatakan sejak berdekad-dekad, namun ramai pakar saling bersetuju atau tidak sama ada penyakit mental akibat kegagalan mengawal nafsu seks wujud.

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf ‘tingkah laku seks tidak terkawal’ sebagai penyakit mental, namun semalam berkata, ia masih belum jelas sama ada masalah itu setanding dengan ketagihan judi atau menghisap dadah.

Perdebatan istilah ‘ketagihan seks’ diperkatakan sejak berdekad-dekad, namun ramai pakar saling bersetuju atau tidak sama ada penyakit mental akibat kegagalan mengawal nafsu seks wujud.

Dalam terbitan terbaharu katalog penyakit dan kecederaan dunia, WHO mengambil langkah ke arah mengikftiraf konsep itu dengan mengesahkan ‘penyakit kelakuan seks tidak terkawal’ atau CSBD sebagai penyakit mental.

Bagaimanapun, badan kesihatan PBB itu tidak meletakkan masalah CSBD sama seperti ketagihan dadah atau judi sambil menegaskan lebih banyak kajian diperlukan sebelum menganggap gejala itu sebagai sejenis ketagihan.

“Secara konservatifnya, kita tidak merasakan ada bukti bahawa proses CSBD sama seperti ketagihan arak atau heroin,” kata pakar WHO, Geoffrey Reed semalam.

Dalam kemas kini Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD) terbaharu bulan lalu, WHO berkata, CSBD adalah ‘kegagalan berterusan untuk mengawal dorongan seks kuat secara berulang sehingga menyebabkan tekanan dan kemerosotan yang ketara.

Namun, ICD berkata, perdebatan saintifik mengenai ‘sama ada gangguan tingkah laku seks tak terkawal adalah ketagihan tingkah laku’ masih berterusan.

Reed berkata, penyenaraian ketagihan itu dalam daftar ICD penting kerana ia digunakan secara meluas sebagai penanda aras untuk diagnosis dan serta ukuran kepada penyedia insurans kesihatan.

Katanya, definisi komprehensif CSBD juga penting bagi membolehkan mereka yang mempunyai masalah ini dapat dibantu. – AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2018/07/449213/ketagihan-seks-diiktiraf-penyakit-mental-who#cxrecs_s

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *