Home » Langit Terbuka » Ketua Hakim Negara Letak Jawatan

Ketua Hakim Negara Letak Jawatan

Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin akan meletakkan jawatan masing-masing berkuatkuasa pada 31 Julai ini.

PUTRAJAYA 3 – Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin akan meletakkan jawatan masing-masing berkuatkuasa pada 31 Julai ini.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam satu kenyataan memberitahu, kedua-dua mereka telah mengutuskan surat perletakan jawatan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 7 Jun lalu.

“Perletakan jawatan itu telah diperkenankan oleh Seri Paduka pada 8 Jun lalu dan dimaklumkan melalui surat Setiausaha Sulit Bahagian Urusan Diraja Istana Negara bertarikh 11 Jun lalu,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu menambah, pada 15 Mei lalu, Raus dan Zulkefli telah bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan telah menyampaikan hasrat untuk meletakkan jawatan.

“Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka telah memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa perletakan jawatan itu akan berkuatkuasa pada tarikh yang munasabah untuk membolehkan segala urusan kehakiman diselesaikan,” katanya. – UTUSAN  ONLINE

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *