Home » Langit Terbuka » Keuzuran Rocky Din dapat perhatian Sukarelawan YADIM

Keuzuran Rocky Din dapat perhatian Sukarelawan YADIM

Pengerusi Sukarelawan YADIM Pulau Pinang, Rosli Hassan berkata, pihaknya menyantuni penyanyi itu sebagai menyatakan rasa simpati selain menghormatinya atas sumbangannya. - Foto Astro Awani

BUTTERWORTH Keuzuran seniman era 60-an yang juga penyanyi lagu Marilah Mengundi, Rocky Din mendapat perhatian Sukarelawan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM).

Dalam kunjungan ke kediaman Rocky atau nama sebenarnya, Mohd Hashim Sharif, 72, di Bagan Belat, Teluk Air Tawar, di sini, Sukarelawan YADIM simpati dengan artis veteran berkenaan yang pernah mengharumkan nama negara dengan lagu patriotik.

Selepas diserang angin ahmar sejak hujung tahun lalu, Rocky Din kini hanya terperap di rumahnya selain terpaksa bergantung pada kerusi roda untuk bergerak.

Justeru, kunjungan Sukarelawan YADIM ke atas Rocky adalah untuk menghulurkan sumbangan sebagai tanda prihatin.

Pengerusi Sukarelawan YADIM Pulau Pinang, Rosli Hassan berkata, pihaknya menyantuni penyanyi itu sebagai menyatakan rasa simpati selain menghormatinya kerana ketika di zaman kegemilangannya, Rocky Din pernah diminati oleh segenap lapisan peminatnya.

Beliau (Rocky Din) pernah popular ketika era 60-an malah, dikenali ramai terutama bagi peminat lagu 60-an sekitar utara.

“Beliau juga pernah menjadi penyanyi kumpulan Westerles yang muncul juara pertandingan kugiran peringkat kebangsaan anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan sering dijemput untuk menghiburkan tetamu pada majlis tertentu,” katanya.

Lagu Marilah Mengundi nyanyian Rocky Din mula diputarkan sejak 1978 menjelang pilihan raya umum (PRU) dan masih popular sehingga kini.

Sementara itu, Rocky Din dalam reaksinya menyatakan rasa terharu dengan kunjungan Sukarelawan YADIM dan selain mengucapkan terima kasih kerana sudi menziarahinya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *