Home » Citra Yadim » Khidmat komuniti YADIM Sabah

Khidmat komuniti YADIM Sabah

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah telah melaksanakan program `Khidmat Komuniti YADIM’ di Surau Kampung Suanogan, Kinarut, baru-baru ini.

Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki berkata, program itu diadakan bagi mendekatikan YADIM dengan masyarakat setempat di samping membantu surau-surau kecil untuk dibersihkan sebagai pusat ibadah penduduk setempat.

“Biarpun, ini adalah usaha kecil namun ia tetap penting bagi memelihara surau-surau kecil ini sentiasa bersih dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penduduk untuk beribadah,’’ katanya.

Program berkenaan telah disertai oleh beberapa kakitangan YADIM Sabah serta Bendahari surau berkenaan, Awang Kassim.

Biarpun dengan beberapa orang kakitangan YADIM, tugasan ini dilaksanakan dengn penuh gigih dan komited. Semoga usaha kecil ini mampu memberikan impak yang besar kepada dunia dakwah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *