Home » Langit Terbuka » Kini hampir 86 peratus isi rumah akses internet

Kini hampir 86 peratus isi rumah akses internet

Peratusan individu yang menggunakan komputer juga meningkat kepada 69.8 peratus pada 2017 daripada 68.7 peratus pada 2015.

KUALA LUMPUR, 19 Mac –  Isi rumah yang mempunyai akses ke Internet telah meningkat sebanyak 15.6 mata peratusan kepada 85.7 peratus pada 2017 berbanding 70.1 peratus pada 2015.

Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan hari ini, berkata isi rumah yang mempunyai komputer dan telefon mudah alih menokok, masing-masing kepada 74.1 peratus dan 98.1 peratus berbanding 67.6 peratus dan 97.9 peratus pada 2015.

Ketua Perangkaan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata individu yang menggunakan Internet pada usia 15 tahun dan ke atas di Malaysia telah bertambah sebanyak sembilan mata peratusan kepada 80.1 peratus pada 2017 berbanding 71.1 peratus pada 2015.

“Antara  aktiviti-aktiviti Internet yang paling digemari pengguna membabitkan penyertaan ke dalam rangkaian sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya (86.3 peratus); muat  turun imej, filem, video atau muzik; bermain atau muat turun aplikasi permainan (81.2 peratus); mendapatkan maklumat tentang barangan atau perkhidmatan (80.4 peratus); serta muat  turun perisian dan aplikasi (74.5 peratus).

“Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan oleh pengguna Internet termasuk perbankan Internet (37.6 peratus), dan pembelian atau pesanan barangan serta  perkhidmatan (23.2 peratus),” katanya.

Peratusan individu yang menggunakan komputer juga meningkat kepada 69.8 peratus pada 2017 daripada 68.7 peratus pada 2015, manakala peratusan individu yang memakai telefon pintar bertambah sebanyak 0.2 mata peratus pada 2017 kepada 97.7 peratus daripada 97.5 peratus pada 2015. – Bernama

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *