Home » Citra Yadim » Kolokium Pencerahan Malaysia Madani Ke Atas Pemegang Tauliah (Mengajar Agama) Negeri Sembilan.

Kolokium Pencerahan Malaysia Madani Ke Atas Pemegang Tauliah (Mengajar Agama) Negeri Sembilan.

YADIM terus diberi kepercayaan memberi penerangan dalam inisiatif menanamkan kefahaman aspirasi Malaysia Madani dikalangan rakyat.
Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin pada 18 Julai telah memberi pengisian sebagai panel dalam Kolokium Pencerahan Malaysia Madani Ke Atas Pemegang Tauliah (Mengajar Agama) Negeri Sembilan.
Membawakan tajuk ‘Visi dan Misi Malaysia Madani’ beliau antaranya menyentuh mengenai halatuju, dasar dan sejarah negara Islam Madinah sebagai rujukan Malaysia Madani.
Mantan Presiden Majlis Belia Malaysia, Dr Jofitri Joha merupakan moderator bagi sesi ini.
Dua lagi sesi diadakan selepas itu yang membicarakan tajuk ‘Sahifah Madinah Dalam Kontek Fiqh Kenegaraan’ dan ‘Malaysia Madani Menurut Perspektif Tauhid’.
Seramai kira kira 700 pemegang tauliah mengajar agama dari seluruh Negeri Sembilan hadir ke program ini.
Perasmian program disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin Harun.
Program ini merupakan anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Khamis Mohamad Sani hadir sama ke program ini.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *