Home » Citra Yadim » Komuniti 4 kampung terima bantuan YADIM Kedah

Komuniti 4 kampung terima bantuan YADIM Kedah

SUNGAI PETANI – Dengan kerjasama Pusat Komuniti Bahagian Sungai Petani, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 16 September telah menyampaikan sumbangan kepada penduduk terjejas di empat perkampungan di sini.

Seramai 30 keluarga iaitu di Kampung Padang Buloh, Kampung Alor Perlun, Kampung Padang Mahligai dan Kampung Banggol Sidam disantuni.

Asnaf yang disantuni terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan warga emas menerusi program YADIM Peduli-Musaadah Covid-19 3.0 ini, menerima sumbangan makanan asasi seperti beras, gula, tepung minyak, teh, biskut dan lain lain lagi.

Turun padang ialah penyelaras program, Ustaz Haji Azmi Mohammad, Setiausaha Pusat Komuniti Sungai Petani, Haji Razali Othman, Setiausaha Wanita komuniti, Zulaikha Yusof, Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Padang Buloh, Othman Omar dan ahli hali jawatankuasa mereka.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *