Home » Citra Yadim » YADIM Pahang santuni penghuni RRM Permatang Badak

YADIM Pahang santuni penghuni RRM Permatang Badak

KUANTAN – Meskipun beberapa kawasan sudah beralih ke fasa seterusnya dalam usaha negara menangani Covid-19, kesan wabak tersebut masih belum hilang sepenuhnya.

Masih ramai keluarga terjejas, kehilangan punca pendapatan dan tidak dapat keluar bekerja.

Bagi membantu mereka yang terkesan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 17 September telah menyantuni seramai 20 keluarga di Rancangan Rumah Murah (RRM) Permatang Badak di sini bersama Ahli Jawatankuasa  Surau RRM Permatang Badak.

Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok dan warga kerjanya, Ahli Jawatankuasa Surau RRM Permatang Badak serta seorang guru agama dan  pendakwah tempatan, Ustaz Yusuf Embong menyantuni dan menyampaikan sumbangan pek makanan dan telur kepada 20 keluarga terjejas.

 

Selain kotak makanan asas dan telur, para penerima juga di bekalkan juga dengan buku ‘Inilah Doaku’ dan pamplet dakwah YADIM.

Surau RRM Permatang Badak adalah antara surau yang aktif menghidupkan majlis ilmu di Kuantan sebelum wabak Covid-19 melanda. Ustaz Yusuf Embong adalah antara pengkuliah tetap di surau tersebut.

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *