Home » Citra Yadim » Sumbangan kepada petugas SJR Kuala Kedah

Sumbangan kepada petugas SJR Kuala Kedah

KUALA KEDAH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus aktif menyantuni pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan.

Sempena Hari Malaysia pada 16 September, YADIM Kedah serta rakan strategiknya Majlis Dakwah Negara (MDN) Kedah telah menggerakkan insiatif YADIM Peduli.

Pada kali ini, anggota petugas barisan hadapan atau frontliners di sekatan jalan raya (SJR) telah disantuni oleh badan dakwah ini.

Sebanyak 200 botol 30 botol cecair pembasmi kuman dan 30 kotak pelitup muka disampaikan kali ini.

Turut menyertai acara ringkas ini ialah Pesuruhjaya MDN Kedah, Profesor Dr. Muhammad Nasri Md. Husain dan setiausahanya Haji Fuad Ashaari. Sumbangan disampaikan kepada wakil badan Uniform, Sarjan Mejar Haji Che Zainol Che Ariffin.

Kuala Kedah dikenakan PKPD hingga 19 September ini.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *