Home » Citra Yadim » Komuniti Palestin Kajang disantuni

Komuniti Palestin Kajang disantuni

KAJANG – Selepas Ampang, giliran komuniti Palestin di sini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bagi membantu meringankan beban akibat terkesan dengan pandemik yang melanda negara ketika ini.

Seramai 50 warga Palestin menerima sumbangan wang tunai RM500 dalam satu majlis ringkas yang diadakan di sini pada 16 November.

Ia disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Hadir sama ialah Pengarah Kanan Sektor Kewangan YADIM, Kamarul Redzuan Nali dan wakil rakan badan bukan kerajaan, Hand of Charity, Dr Ibrahim Adwan.

Program sumbangan ini adalah kerjasama YADIM dengan Yayasan Wakaf Malaysia dan Hand of Charity.

Ia merupakan siri kedua program menyantuni komuniti Palestin di negara ini, selepas sumbangan yang sama pada 15 November.

Secara keseluruhannya, seramai 289 orang warga Palestin bakal menerima manfaat daripada program ini.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *