Home » Langit Terbuka » Kos ibadah haji muassasah kali pertama kekal RM9,980

Kos ibadah haji muassasah kali pertama kekal RM9,980

Walaupun kos haji meningkat setiap tahun, kadar itu tetap dikekalkan demi kepentingan umat Islam di negara ini. (gambar hiasan)

KUALA LUMPUR 17 April – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menegaskan bayaran bagi menunaikan ibadah haji bagi jemaah muassasah kali pertama tidak berubah sejak tahun 2009 iaitu RM9,980.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, walaupun kos haji meningkat setiap tahun, kadar itu tetap dikekalkan demi kepentingan umat Islam di negara ini.

Menurutnya, kos haji sebenar bagi tahun 1439 Hijrah atau 2018 Masihi adalah RM22,450 dan subsidi haji meningkat sebanyak RM12,470 seorang.

“Tabung Haji dijangka menanggung subsidi haji sebanyak RM400 juta tahun ini.

“Kos haji sebanyak RM22,450 ini merangkumi pengangkutan termasuk penerbangan dan perkhidmatan bas di tanah suci, penginapan di Mekah dan Madinah, sajian di tanah suci, khemah di Arafah, Muzdalifah dan Mina serta perkhidmatan mutawif,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *