Home » Langit Terbuka » KPDNHEP sedia platform lapor aduan berkaitan SST

KPDNHEP sedia platform lapor aduan berkaitan SST

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, medium tersebut merupakan tambah baik lapan saluran sedia ada antaranya menerusi emel, talian bebas tol dan laman sosial Facebook

ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyediakan platfom tambahan baharu menerusi aplikasi Whatsapp untuk pengguna melaporkan sebarang aduan berkenaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terutama berkaitan kenaikan harga barang.

Menterinya, Datuk Saifudin Nasution Ismail berkata, medium tersebut merupakan tambah baik lapan saluran sedia ada antaranya menerusi emel, talian bebas tol dan laman sosial Facebook.

Menurutnya, pengguna boleh menyalurkan aduan dengan memberikan maklumat lengkap menerusi aplikasi Whatsapp di nombor 019-2794317 sebelum tindakan susulan akan diambil dalam tempoh 24 jam.

“Sebanyak 642 laporan direkodkan dalam tempoh tiga hari sejak kaedah baharu itu dilancarkan pada 1 September lalu dengan aduan paling banyak membabitkan kenaikan harga barangan di restoran dan kad tambah nilai prabayar,” katanya dalam sidang akhbar ketika hadir sesi Taklimat Pelaksanaan SST di sini hari ini.

Turut hadir merasmikan majlis penutup sesi taklimat berkenaan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Saifudin Nasution berkata, pihaknya mendapati penurunan berlaku dalam kadar yang kecil dilaksanakan peniaga sejak SST dilaksanakan iaitu sekitar 0.2 hingga 12.9 peratus.

“Ini berikutan terdapat faktor lain yang menjadi kekangan terhadap penurunan harga barangan secara mendadak termasuk kos pengangkutan dan pembayaran gaji kepada pekerja,” jelasnya. – Utusan Malaysia

 

 

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *