Home » Langit Terbuka » Pelabur China berminat melabur di Malaysia

Pelabur China berminat melabur di Malaysia

Lawatan Perdana Menteri bersama beberapa menteri itu juga akan mengadakan perjumpaan bersama peniaga Malaysia di China, kata Menteri Luar

KUANTAN – Lawatan lima hari Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke China bermula 17 Ogos ini antara lain untuk menarik lebih ramai pelabur ke negara ini atau pelaburan langsung asing (FDI).

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, lawatan bersama beberapa menteri itu juga akan mengadakan perjumpaan bersama peniaga Malaysia di sana di samping mengundang pelabur China ke sini.

“Bagaimanapun, kita akan tegaskan FDI dalam pengertian yang saksama antara kedua negara.

“Dengan kemasukan pelaburan yang boleh mewujudkan nilai kepada pemain tempatan, peluang pekerjaan, pertumbuhan ekonomi dan pertukaran teknologi.”

“Saya difahamkan pada masa kini terdapat banyak pelabur dari China yang sangat berminat untuk melabur di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara @Komuniti dan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Balok di sini hari ini.

 

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/pelabur-china-berminat-melabur-di-malaysia-1.727145

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *