Home » Citra Yadim » Kunjung Hormat Dekan Maahad Al-Azhar Al-Syarif, Gaza, Palestin

Kunjung Hormat Dekan Maahad Al-Azhar Al-Syarif, Gaza, Palestin

PUTRAJAYA – Dekan Maahad Al-Azhar Al-Syarif yang terletak di Gaza, Palestin, iaitu Yang Berbahagia Prof Dr. Emad Yaakob hari ini (26 Ogos) telah melakukan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di pejabatnya di sini.

Beliau dalam pertemuan dengan Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz selama 20 minit itu telah mengambil kesempatan bertukar pandangan serta nasihat dalam pelbagai perkara serta membincangkan isu semasa yang melibatkan kedua pihak.

Turut serta dalam pertemuan ini ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Yang Berusaha Dr. Muhamad Razak Idris dan Yang Berusaha Tuan Haji Shamsul Ma’arif Haji Ismail, serta Ketua Pegawai Operasi YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Dalam pertemuan ini Emad berpandangan, konsep rahmah dan kedamaian haruslah disebarkan dan dipelihara oleh rakyat negara ini.

“Dengan konsep rahmah, ia sesuai sekali diamalkan oleh rakyat Malaysia yang unik, anda berbilang kaum tetapi dapat hidup dalam harmoni dan berkasih sayang,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau  juga menyeru agar konsep Taaruf (berkenalan) difahami dengan pemahaman yang sebenar.

Jelas beliau, apabila Allah SWT menyebut ‘Litaarafu’ di dalam Al-Quran, ia sebenarnya mempromosikan tiada kebencian, permusuhan serta dendam sesama etnik, bangsa atau jantina.

Kehadiran Emad amatlah dihargai, dan meskipun pertemuan ini singkat, YADIM memperolehi manfaat yang banyak atas nasihat yang disampaikan beliau.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *