Home » Citra Yadim » Kunjung hormat ke JHEAINS

Kunjung hormat ke JHEAINS

JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah melaksanakan banyak perubahan positif dalam pendekatan dakwahnya berbanding sebelum ini.

Umpamanya, daripada seminar dan kelas, kini tumpuan diberikan kepada program lapangan seperti kunjungan ke rumah rumah.

Ia bersesuaian dengan inisiatif melestari gerakan dakwah YADIM yang mahu memberi tumpuan kepada masyarakat di lapangan. Maka dengan itu, kedua pihak setuju menjalin pelbagai kerjasama, khususnya dalam pelaksanaan program dakwah.

Persetujuan ini dicapai dalam kunjung hormat YADIM kepada JHEAINS pada 24 Mei, yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ustaz Zamri Zainal Abidin. Kedatangan delegasi YADIM disambut oleh Pengarah JHEAINS, Dato’ Mohd Zaidi Ramli serta pegawai – pegawainya.

Kedua pihak juga saling bertukar pandangan mengenai pelbagai isu dakwah serta bagaimana mereka boleh bekerjasama mendepaninya.

Hadir sama dalam kunjungan ini ialah Pengarah Pengarah Kanan YADIM serta Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Khamis Mohammad Sani.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *