Home » Citra Yadim » Kunjung hormat KEMUDA YADIM ke Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya

Kunjung hormat KEMUDA YADIM ke Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya

BERTINDAK Proaktif untuk merancang program-program yang bakal dilaksanakan tahun hadapan, Unit Institut Pendidikan Guru (IPG), Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM telah mengadakan satu kunjung hormat ke Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya pada 16 November.
Kunjungan diketuai Pengarah KEMUDA, Encik Shahrizal Mat tersebut antaranya membincangkan perancangan program untuk Rakan Siswa YADIM di 27 IPG seluruh negara.
Bukan sekadar bersama IPG, perancangan KEMUDA untuk RSY juga melibatkan program yang bakal diadakan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mewakili IPGM dalam perbincangan ini ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan Insaniah, Ts. Dr. Shamsul Saniron serta Penolong-Penolong Pengarahnya, Encik Mohd Sallehuddin Abu Hassan, Encik Muhammad Syafiq Mokhtar Yazid dan Puan Fairus Dora Abdul Malek.
Hadir sama ialah Pegawai dan kakitangan KEMUDA YADIM, Ustaz Nuuh Muhamad Idris (Ketua Unit IPG), Ustaz Farisul Islam Fakhrul Adabi, Ustaz Faiz Safwan Abdul Kadir dan Ustaz Abdul Mohd Rahimin Sihat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *