Home » Citra Yadim » Program Bicara Dakwah Khas di Sekolah Menengah Islam (SMI) Al Amin, Kemaman

Program Bicara Dakwah Khas di Sekolah Menengah Islam (SMI) Al Amin, Kemaman

LENSA Program Bicara Dakwah Khas di Sekolah Menengah Islam (SMI) Al Amin, Kemaman pada 15 November.
Program dengan tajuk ‘Ibrah Peristiwa Palestin’ itu disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus kepada lebih 300 peserta.
Menerusi program ini, beliau menekankan betapa umat Islam seluruh dunia perlu peka dan cakna dengan apa yang berlaku di bumi Gaza terhadap saudara seagama.
Dalam program ini juga, diadakan Agihan Bakul Madani kepada 30 keluarga asnaf yang disampaikan oleh Datuk Hasanuddin.
Hadir sama ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin, Pengerusi Jawatankuasa IKRAM Kemaman, Tuan Haji Khairudin Hashim, Pengerusi Pertubuhan Cakna Umat Negeri Terengganu, Encik Muzahar Hitam dan Pengetua SMI Al Amin Kemaman, Ustaz Azman Dosan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *