Home » Citra Yadim » Kunjung hormat Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Kunjung hormat Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

BERTEPATAN Dengan teras dan gerak kerja melestari gerakan dakwah menerusi pendidikan, YADIM konsisten merancang pelbagai pendekatan bagi tujuan tersebut bersama pihak seperti institusi pengajian tinggi.
Sesuai dengan itu, dalam kunjung hormat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 18 Oktober, antara yang dibincangkan untuk dijalin bersama termasuklah program di bawah Pusat Pemikiran Keamamanan Dan Kesejahteraan Insan, menerusi Projek Makmal Sosial Program Pembangunan Komuniti Desa Barakah.
Projek ini mengambil contoh model Kampung Takang Madani iaitu sebuah program kampung angkat.
Antara aktiviti yang diadakan dalam program kampung angkat ini adalah projek kitar semula, pembangunan taman mawaddah dan pustaka taman mawaddah.
UMK turut menawarkan untuk membantu menerjemahkan buku buku YADIM dalam pelbagai bahasa seperti Thailand, Mandarin, Arab dan Jepun.
Hadir mewakili YADIM dalam perbincangan tersebut ialah Yang Dipertuanya, Datuk Hasanudin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin serta pegawai-pegawai Bahagian Penerbitan.
UMK pula diwakili oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan Pelajar), Dr Wan Ab Aziz Wan Daud, Pengarah, Pusat Terjemahan dan Manuskrip UMK – ITBM, Prof. Madya Dr. Ahmad Thalal Hassan dan Pengarah Pusat Pemikiran Keamanan dan Kesejaahteraan Insan, Prof. Madya Dr. Nur Azuki Yusuff.
Semoga apa yang dirancangkan akan berhasil untuk membawa manfaat kepada ummah.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *