Home » Citra Yadim » YADIM Selangor telah menerima kunjungan daripada Jabatan Belia dan Sukan Selangor (JBS)

YADIM Selangor telah menerima kunjungan daripada Jabatan Belia dan Sukan Selangor (JBS)

BUAT Julung kalinya YADIM Selangor telah menerima kunjungan daripada Jabatan Belia dan Sukan Selangor (JBS) bagi mewujudkan ruang kerjasama dalam Sesi Bengkel Pemantapan Sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Selangor tahun 2024.
Kunjungan delegasi JBS ini disambut oleh Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof di ibu pejabat YADIM di Putrajaya.
Dalam kunjungan tersebut, pelbagai perancangan dan cadangan telah dibincangkan untuk dijadikan input dan YADIM Selangor akan menjadi tuan rumah kepada bengkel tersebut yang akan diadakan pada 26 Oktober bertempat di Bilik Latihan YADIM.
Hadir ke pertemuan ini ialah Pegawai Pembangunan Sosial JBS, Puan Nuraida Haji Idris, Pegawai Pembangunan Ekonomi JBS, Puan Nur Aini Mohd Jais dan Penolong Pengarah YADIM Negeri Selangor,Encik Mohammad Izzuddin Mohamad Ares.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *