Home » Citra Yadim » YADIM Kolaboratif @ Bersamamu bersama penghuni Penjara Pulau Pinang

YADIM Kolaboratif @ Bersamamu bersama penghuni Penjara Pulau Pinang

SEMUA Orang layak diberikan peluang kedua terutamanya bagi yang kini berusaha dan sedang memulihkan kehidupan mereka.
Golongan ini tidak sewajarnya disisihkan, malah perlu didekati dan sentiasa disantuni oleh semua pihak.
Prihatin dengan situasi ini, YADIM Pulau Pinang pada 18 Oktober telah mengadakan program YADIM Kolaboratif @ Bersamamu bersama penghuni Penjara Pulau Pinang bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1445 Hijrah.
Program dimulakan dengan sesi gema selawat, persembahan bacaan Rawi dan marhaban, persembahan nasyid oleh penghuni penjara dan diakhiri dengan ceramah Semarak Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohd Fadzil Alias.
Beliau menyentuh mengenai sirah perjalanan hidup baginda Nabi Muhammad SAW dalam ceramahnya.
Seramai 150 orang penghuni penjara terlibat dalam program ini. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Penjara Pulau Pinang, Penolong Penguasa, Mohammad Safwan Sizali.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *