Home » Citra Yadim » Kunjung Hormat YADIM ke PDRM Bukit Aman

Kunjung Hormat YADIM ke PDRM Bukit Aman

HUBUNGAN Erat antara YADIM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah terjalin sejak sekian lama menerusi penganjuran pelbagai program bersama, yang membawa manfaat bukan sahaja kepada keduanya, tetapi juga masyarakat secara keseluruhan.
Mengeratkan lagi jalinan ini, satu sesi libat urus delegasi YADIM bersama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM Bukit Aman telah diadakan pada 5 Ogos.
Berlangsung selama lebih satu jam, sesi ini berhasrat untuk meneroka hubungan yang lebih baik antara YADIM bersama JIPS dan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM selain membentang kan kertas cadangan Program Bicara Dakwah Madani dan Simposiun Kefahaman Malaysia Madani.
YADIM telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ustaz Zamri Zainal Abidin, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Encik Ahmad Saparudin Yusup, Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Ustaz Muhammad Fakhrul Hakimin Mokhtar dan Pegawai Khas, Encik Mohammad Izzuddin Mohamad Ares.
Hadir bagi pihak JIPS ialah Pengarahnya, Komisioner Polis Datuk Haji Hamzah Haji Ahmad dan Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) JIPS, Deputi Komisioner POlis Datuk Azhan Abdul Halim
YADIM berharap jalinan strategik bersama PDRM, khususnya melalui JIPS dan BAKA, akan terus berkekalan menerusi pelaksanaan program berteraskan nilai-nilai Madani, demi melahirkan masyarakat yang berintegriti, berakhlak dan sejahtera secara holistik.

Artikel Berkaitan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *