YADIM Negeri Pahang sentiasa mencari ruang kerjasama untuk membangun bakat pelajar agar menjadi pemimpin hebat masa hadapan.
Sehubungan itu, pada 7 Ogos, rombongan YADIM Negeri Pahang telah berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Purun, Triang untuk membincangkan program-program yang boleh dilakukan secara kerjasama.
Kehadiran YADIM Negeri Pahang telah disambut mesra oleh Pengetua SMK Purun, Puan Hajah Nora Ngarif dan Guru Tingkatan Enam sekolah tersebut, Encik Mohd Shukri Husin.
Dalam kunjung hormat tersebut, rombongan YADIM Pahang sempat menyantuni dan berkongsi pengalaman dengan tokoh pidato SMK Purun iaitu, Siti Nur Aisyah Asri, yang telah beberapa kali memenangi pidato berbagai peringkat. Dalam pertemuan singkat itu, YADIM telah bermurah hati menghadiahkan beberapa buah buku bacaan sebagai bahan rujukan pidato kepada Siti Nur Aisyah.
Di akhir kunjung hormat, pihak YADIM Pahang di bawa melawat bilik dan sudut pidato sekolah yang merupakan antara salah satu kebitaraan SMK Purun.



KOMEN