Home » Citra Yadim » Kunjungan Bahagian KEMUDA YADIM ke IKBN Kuala Langat

Kunjungan Bahagian KEMUDA YADIM ke IKBN Kuala Langat

BANTING – Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam usaha menjalin lebih banyak rangkaian dan rakan telah melakukan kunjungan hormat ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat di sini pada 8 Julai.

Diketuai Pengarahnya Shahrizal Mat, kunjungan YADIM ke IKBN Kuala Langat turut bertujuan memperkenalkan gerak kerja YADIM di bahagian KEMUDA dan membincangkan bentuk gerak kerja  bagi program bersama yang melibatkan kedua pihak.

Mewakili IKBN dalam pertemuan ini ialah Pengarahnya, Mgt Husain Mgt Jaffar serta pengurusan institut kemahiran berkenaan.

IKBN Kuala Langat yang ditubuhkan pada 2008 menawarkan kursus dalam pelbagai bidang seperti multimedia, fotografi dan pembinaan landskap.

Dalam pada itu turut dibincangkan ialah rancangan penubuhan Rakan Belia YADIM yang mensasarkan ahli dari kalangan penuntut IKBN dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) seluruh negara.

KEMUDA kini giat mempromosi program program YADIM yang dianjurkan mereka dengan pelbagai pihak. Sebelum IKBN Kuala Langat, mereka juga telah mempromosi dan melaksanakan kunjungan dengan beberapa pihak lain seperti IKTBN Dusun Tua.

Hadir sama dalam kunjungan kali ini ialah Penolong Pengarah di Bahagian KEMUDA, Nurul Ashikin Zakaria dan Mohd Khamis Mohamad Sani.

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *