Home » Citra Yadim » Kunjungan ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Kunjungan ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu, Yang Berbahagia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz hari ini melakukan kunjungan hormat kepada Mufti Wilayah Persekutuan, S.S. Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri.

Ia merupakan kunjung hormat pertama beliau kepada ketua agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf, selepas dilantik menerajui badan dakwah ini pada 14 Disember lalu.

Hadir sama dalam kunjung hormat ini ialah timbalan beliau, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin.

Kunjungan Nik Omar dan Zolkharnain disambut sendiri oleh Dr Zulkifli di pejabatnya di sini.

Kedua dua belah pihak kemudiannya meluangkan masa selama sejam membincangkan pelbagai isu termasuk rancangan kerjasama yang boleh dilaksanakan antara YADIM dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *