Home » Citra Yadim » Kursus Muamalah Milenia di Kolej Vokasional

Kursus Muamalah Milenia di Kolej Vokasional

BANDAR MUADZAM SHAH 30 Mac – Bahagian Muamalah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan program Kursus Muamalah Milenia pada 27 Mac lalu bertempat di Kolej Vokasional Muadzam Shah.

Pengurus Eksekutif Bahagian Muamalah, Zam Zarizal Mad Ariffin berkata, kursus berkenaan telah dihadiri oleh lebih 200 orang yang terdiri daripada para pelajar kolej berkenaan.

“Dalam program ini, para peserta telah diberikan penerangan dengan pelbagai aspek muamalah Islam oleh penceramah jemputan iaitu pakar pengurusan kewangan, Hajah Rohani Datuk Syahir,’’ katanya.

Beliau berkata, program berkenaan dianjurkan antara lain bertujuan menyemarakkan lain budaya mengamalkan muamalah di kalangan umat Islam khususnya golongan pelajar dan anak muda di dalam kehidupan mereka.

Katanya, ini kerana, biarpun sistem kewangan Islam berkembang pesat di negara ini , namun masih ramai yang tidak menggunkan instrumen kewangan Islam sepenuhnya disebabkan kurangnya kesedaran mereka terhadap hal demikian.

“Melalui program ini juga, Bahagian Muamalah berharap dapat melahirkan lebih ramai daie yang mempunyai pengetahuan dalam aspek-aspek kewangan Islam dan seterusnya mampu menyebarkan mesej-mesej berkaitannya kepada masyarakat umum,’’ katanya.

Menurutnya lagi, selain program Kursus Muamalah Milenia, Bahagian Muamalah turut menganjurkan  pelbagai program lain seperti Kembara Muamalah Masjid bersama Felda, Sembang Muamalah dan Kembara Muamalah bersama Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *