Home » Citra Yadim » Kursus Pemantapan Mualaf Bersiri YADIM Pulau Pinang.

Kursus Pemantapan Mualaf Bersiri YADIM Pulau Pinang.

KEPALA BATAS – YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama beberapa rakan strategik di negeri ini telah menganjurkan Kursus Pemantapan Mualaf Bersiri bertujuan mengukuhkan pemahaman saudara baharu terhadap Islam.

Penganjuran program juga berhasrat memberi kefahaman, pengamalan dan bimbingan kesedaran untuk membentuk keperibadian sahsiah diri muslim yang unggul serta pemantapan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Antara yang terlibat menjayakan program ini ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAINP), Hidayah Centre Foundation, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, Persatuan Cina Muslim Malaysia, Persatuan Mualaf India Semalaysia dan Masjid At Taqwa Taman Bertam Indah, Kepala Batas.

Bermula 26 Ogos, program ini bakal berlangsung lagi pada 23 September, 21 Oktober, 25 November dan 23 Disember bertempat di Bilik Seminar 2, Masjid At Taqwa.

Seramai 30 saudara baharu pelbagai bangsa menyertai program ini.

Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kanan, Unit Ukhwah Bahagian Dakwah JHEAINPP, Ustazah Ruslida Rusli.

Turut hadir Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohd Afifi Haji Ruslan.

Semoga penganjuran dan ilmu yang disampaikan memberi manfaat untuk semua.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *