Home » Citra Yadim » Peduli Remaja SMK Tengku Laksamana

Peduli Remaja SMK Tengku Laksamana

KUALA KEDAH – Bagi mengukuh motivasi di kalangan pelajar, YADIM Kedah telah mengadakan Program Peduli Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Laksamana di sini.

Program pada 29 Ogos itu disertai seramai 144 pelajar Tingkatan 5 sekolah berkenaan.

Ceramah disampaikan oleh Da’ie Izzlyn yang memberi penekanan kepada keinginan pelajar itu sendiri yang ingin untuk berjaya.

Pengisian beliau disulami dengan aktiviti ringkas dan sesi soal jawab untuk mengekalkan fokus dan perhatian hingga akhir program.

Mewakili pengetua sekolah ialah Puan Lely Rozita Desa dan Puan Yusniza Omar, Guru Kaunselor sekolah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *