Home » Citra Yadim » Kursus Persediaan Mahasiswa Madani dan Pembentukan Rakan Siswa YADIM (RSY) Korea

Kursus Persediaan Mahasiswa Madani dan Pembentukan Rakan Siswa YADIM (RSY) Korea

ALHAMDULILLAH…. YADIM Diberi kepercayaan membimbing dan membantu memberi persediaan untuk anak-anak muda yang bakal menimba ilmu ke luar Negara.
HARI pertama (28 Oktober) Kursus Persediaan Mahasiswa Madani dan Pembentukan Rakan Siswa YADIM (RSY) Korea di Institut Latihan Dakwah YADIM, Hulu Langat telah berjalan dengan kehadiran 100 orang peserta mahasiswa daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Kursus persediaan ini adalah bagi memberi pendedahan awal kepada mahasiswa yang akan berlepas ke Korea pada bulan Januari nanti.
Slot Fiqh Luar Negara yang dikendalikan oleh Ustaz Hasan Jali selaku pensyarah pembimbing kerohanian telah menerangkan intisari keluasan fiqh apabila berada di negara Korea kelak.
Struktur pimpinan RSY Korea juga telah berjaya dibentuk dan akan diadakan majlis penyerahan watikah perlantikan dalam masa terdekat yang akan diselaraskan oleh Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM bersama pihak UniKL.
Hadir sama ke program ini ialah Pengarah Bahagian KEMUDA YADIM, Encik Shahrizal Mat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *