Kursus Daie YADIM Sarawak

KUCHING – Kursus Daie YADIM Sarawak kini berlangsung pada 10 hingga 13 September bertempat di Kuching. Seramai 18 orang bakal daie daripada 50 pemohon telah terpilih menyertai kursus ini. Ia mendapat kerjasama Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak, Jabatan Agama Islam Sarawak serta Universiti Malaysia Sarawak. Antara objektif kursus ini ialah melahirkan seorang daie yang berkualiti, […]

Kursus Profesional Daie Muda anjuran YADIM Kedah

PENDANG – Usaha dakwah terhadap generasi muda sebaiknya dilaksanakan dan disampaikan sendiri oleh golongan berkenaan kerana mereka lebih dekat dan memahami apakah pendekatan dan keperluan generasi ini. Justeru dengan hasrat melahirkan pendakwah generasi terkini, selain menjadi pelapis pendakwah akan datang, YADIM Kedah telah menganjurkan Kursus Profesional Daie Muda bertempat di Pendang Lake Resort di sini. […]

Ziarah lokasi pengajian Daie YADIM di Hulu Nyalau

BINTULU – Hari ketiga lawatan kerja kepimpinan YADIM ke Sarawak diisi dengan aktiviti ziarah ke Kampung Hulu Nyalau di sini. Ia merupakan lokasi badan dakwah ini mengadakan kelas pengajian agama yang disampaikan oleh Daienya Mohd Iskandar Abdullah. Tujuh tahun menjadi Daie badan dakwah ini, Mohd Iskandar mengadakan kelas pengajian agama YADIM untuk warga kawasan ini […]

Sesi pertemuan Daie YADIM Sarawak dan kepimpinan YADIM

KUCHING – Taklimat Skop Tugasan Daie dan Mesyuarat Bulanan Bersama Daie YADIM Sarawak yang berlangsung sejak 20 April ditutup dengan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Acara ringkas pada 22 Feb ini antaranya diisi dengan amanat tentang gerak kerja YADIM untuk tahun 2022, sesi soal jawab dan percambahan idea bersama […]

Sumbangan Aidilfitri Kepada Daie Pusat Dakwah Serantau

KAJANG – Bak kata pepatah ‘Banyak tanda ada, sikit tanda ingat’ . Pada 10 Mei, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada para daie di Pusat Dakwah Serantau (PDS) di sini. Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh turun padang menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Pengurus Besar Yayasan Amal Malaysia, Haji […]

Musa’adah Dai’e Orang Asli Ketereh

KETEREH – ‘Hasil bersama orang Asli kami dapati, mereka sangat berterima kasih apabila kita beri sumbangan barang’. ‘Tapi mereka jauh lebih gembira bila kita hargai mereka. Program seumpama YADIM buat inilah yang kita maksudkan,’ kata Ahli Jawatankuasa Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli di Kok Lanas di sini, Haji Abdul Khalid Ahmad. Haji Abdul Khalid […]

Isád Al Usrah Daie YADIM

GOMBAK – Bertempat di Kampung Orang Asli Bukit Kala Batu 12 di sini, Bahagian Khidmat Bakti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program Isád Al Usrah bagi tujuan pembaikan kediaman seorang penduduk di sini. Program pada 13 Mac yang dijayakan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Syabab Care Malaysia dan Masjid Utara Gombak ini […]

Musaadah Covid-19 YADIM di PPR Sentul Utama

SENTUL – Kelab Warga Emas 1Malaysia di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini pada 26 November disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM). Mereka menerima sumbangan 50 set barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik, Ustaz Mohd Khairrul Fuad Samsudin. Kelab berkenaan di wakili oleh Pengerusinya, Hajah Maimun Md Noor. […]

Peserta Kursus Asas Daie Orang Asli kunjungi ibu pejabat YADIM

PUTRAJAYA – Seramai 20 orang peserta Kursus Asas Daie Orang Asli Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah dibawa mengunjungi ibu pejabat badan dakwah ini di sini pada 22 September. Inisiatif oleh Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM ini bertujuan memberi pendedahan tentang operasi dan gerak kerja badan dakwah ini. Turut sama dalam lawatan ialah Pengarah Bahagian […]

Kursus Asas Daie Orang Asli Yadim : Seni Dalam Dakwah

SEMUNGKIS – Seni muzik dengan cara yang betul boleh digunakan sebagai sebuah medium dakwah yang berkesan. Mengambil peluang itu, Sektor Latihan dan Perkaderan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menerapkan konsep berkenaan dalam latihan Kursus Asas Daie Orang Asli YADIM yang diadakan di Institut Latihan Dakwah YADIM di sini. Seramai 20 peserta kursus diberikan latihan menggunakan […]