Home » Citra Yadim » Kursus Sukarelawan YADIM Kuala Langat

Kursus Sukarelawan YADIM Kuala Langat

SIJANGKANG – Buat pertama kalinya, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat, telah menganjurkan satu kursus kesukarelawanan pada 28 November di sini.

Program yang diadakan di ruang legar Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Sijangkang, telah disertai oleh ahli SAY Kuala Langat sendiri selain daripada SAY  Kuala Selangor,Sabak Bernam,Kundang,Sungai Buloh dan Rawang.

Hadir sama ialah para pegawai Bahagian Khidmat Bakti YADIM dan dirasmikan oleh Pengarah bahagian tersebut, Abdul Qaiyum Aris.

Kursus dimulakan dengan Solat Dhuha sebelum Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Mohd Khusnaini Mongin menyampaikan ceramah bertajuk ‘Ke Arah Kepimpinan Secara Islam’.

Ceramah kedua di sampaikan oleh Ustaz Idzhar Jumali artis nasyid kumpulan Nowseeheart dan motivator dengan tajuk ‘Ke Arah Memantapkan Ahli Jawatankuasa Yang Berkualiti Dan Berwawasan’.

Kursus juga diselitkan acara selingan dengan bacaan sajak yang disampaikan oleh Hairudin Suliman @ Din Sajak dari SAY Sabak Bernam.

Turut diadakan dalam majlis ini ialah penyampaian 10 set barangan dapur dan sedikit wang tunai untuk 10 orang anak yatim oleh Abdul Qaiyum.

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *