MELAKA – Perasmian penutupan program Latihan Asas Sukarelawan YADIM (LASAK) Siri 5 dan Tahsin Ibadah bersama Sukarelawan YADIM (SAY) Kelab Warga Emas Shah Alam telah diadakan di Agrofarmstay Durian Tunggal, Melaka pada 13 September.
Pengarah YADIM Melaka dan Negeri Sembilan Encik Halim Ismail dalam ucapan perasmiannya mengalu-alukan kehadiran sukarelawan dari Shah Alam dan menyatakan pihaknya membuka ruang seluasnya untuk program kerjasama akan datang.
Turut hadir ke perasmian penutupan ini ialah Pengarah Bahagian Khidmat Sosial, Encik Shahrizal Mat, Timbalan Yang Dipertua Kelab Warga Emas Shah Alam, Encik Mohd Zulkifli Din dan Wakil Agrofarmstay, Encik Azhar Azizan.
Program yang diadakan pada 11 hingga 13 September ini disertai hampir 70 orang sukarelawan dan diberikan pelbagai pengisian. Antaranya ialah Tahsin Surah Al Fatihah oleh Zamalah YADIM, Ustaz Abdullah Shahir Arifin Ahmad Fadzil, Usrah Dhuha oleh Ustaz Mohd Al Dandarawi Mustafar dan sesi qiamulail yang dipimpin oleh penceramah jemputan, Ustaz Syed Jamlush dan Ustaz Rastam Jamali.



KOMEN