Home » Citra Yadim » Bimbingan Solat Kepada Klien AADK Dungun

Bimbingan Solat Kepada Klien AADK Dungun

DUNGUN – Program Tahsin Ibadah “Solat Benteng Rohani” Siri 2 pada 14 September yang menghimpunkan klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Dungun telah diadakan di Masjid Al-Mustaqim, Kuala Dungun.

Program anjuran YADIM Negeri Terengganu dengan kerjasama AADK Daerah Dungun serta Masjid Al-Mustaqim, Kuala Dungun itu telah dirasmikan oleh Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin.

Ceramah bertajuk “Kembali Kepada Allah: Membina Diri Melalui Solat” dan “Pemantapan Bacaan Dalam Solat” dalam program ini telah disampaikan oleh Ahli Zamalah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Jihadi Jazmi Abdul Hamid.

Program turut diisi dengan sesi praktikal Solat Qasar dan Jamak: Panduan Ringkas untuk Musafir yang disampaikan oleh Ustaz Takmir AADK Daerah Dungun, Ustaz Norasri Mohamad.

Hadir sama Pegawai AADK Daerah Dungun, Puan Siti Hajar Hamzah.

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *