Home » Langit Terbuka » Latih remaja mengimarahkan masjid

Latih remaja mengimarahkan masjid

Pengerusi Masjid Mahmoodiah berkata, inisiatif itu diambil bagi melatih remaja memulakan diri dengan aktiviti bermakna beramai-ramai selain menghidupkan masjid berkenaan. - Foto Muhd Redza Ahmad

PUTRAJAYA – Bagi mengisi masa terluang sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Masjid Mahmoodiah Putrajaya mengambil inisiatif mengadakan program Jom Solat Subuh Berjemaah kepada remaja berusia 13 hingga 17 tahun selama seminggu bermula 29 Jun.

Ia program serampang dua mata pengurusan masjid mengajak remaja sekitar Presint 18 bersolat jemaah dan mengadakan aktiviti berfaedah bermula di masjid seawal waktu Subuh.

Pengerusinya, Muhd Redza Ahmad berkata, inisiatif itu diambil bagi melatih remaja berkenaan memulakan diri dengan aktiviti bermakna beramai-ramai selain menghidupkan masjid berkenaan.

“Kita bermula semalam dan Alhamdulillah ada sembilan orang remaja yang menyertai program. Hari ini ada pertambahan iaitu seramai 12 orang.

“Selain berjemaah, kita juga ada program riadah serta bersarapan bersama-sama. Ia adalah inisiatif exco masjid yang baru dipilih dua minggu lalu untuk memakmurkan rumah Allah SWT,” katanya.

Muhd Redza berkata, sasaran awal adalah seramai 100 orang peserta dan ia akan diteruskan dengan penambahbaikan dari semasa ke semasa sesuai dengan remaja berkenaan.

Katanya, pihak masjid juga ingin memanfaatkan kafeteria di situ yang menyediakan makanan yang ditaja penyumbang.

“Alhamdulillah, kita promosikan program ini menerusi Facebook dan sambutan diterima begitu menggalakkan.

“Selepas ini kita akan buat untuk remaja muslimah pula di sekitar kejiranan ini untuk mereka mendekati masjid,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Mohd Ajib Ismail berkata, pihaknya menyambut baik usaha dilakukan pentadbiran masjid yang tampil dengan cara sendiri untuk kebaikan jemaah.

Katanya, ia adalah pendekatan dakwah terbaik kepada golongan remaja mendekati masjid untuk pelbagai aktiviti, tidak terhad kepada soal keagamaan sahaja.

“Ia menjadi contoh kepada masjid yang lain khususnya di Wilayah Persekutuan untuk mengimarahkan rumah Allah dengan pelbagai pengisian berfaedah,” katanya. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *