Home » Langit Terbuka » Lebih 1,000 terbunuh, hampir 5,000 cedera dalam serangan di Ghouta

Lebih 1,000 terbunuh, hampir 5,000 cedera dalam serangan di Ghouta

Kemusnahan akibat peperangan di Syria. Foto : AlJazeera

LEBIH 1,000 orang terbunuh manakala hampir 5,000 cedera dalam pergolakan melibatkan serangan dari rejim Bashar Al Assad dan kumpulan pembangkang bersenjata di timur Ghouta.

Angka itu didedahkan badan perubatan kemanusiaan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) pada Khamis, yang merekodkan jumlah tersebut dari tempoh 18 Februari hingga 4 Mac.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, 15 dari 20 fasiliti perubatan yang disediakan badan itu telah dibom dalam beberapa siri serangan udara dan darat.

“MSF mengulangi seruannya agar gencatan senjata dilaksanakan segera bagi membolehkan bekalan perubatan dibawa masuk ke kawasan yang dikepung untuk merawat orang sakit dan cedera,” katanya.

Sementara itu, pada awal Khamis, Badan Pemantau Syria untuk Hak Asasi Manusia mengatakan bahawa lebih daripada 13 orang terbunuh dalam serangan udara dan pengeboman terkini di beberapa bandar di timur Ghouta.

Resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini di Syria dilihat gagal walaupun dengan adanya campur tangan Rusia yang bersetuju membantu menghentikan serangan di wilayah itu. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *