Home » Langit Terbuka » Lebih 10,000 calon STAM di Malaysia, Kemboja mula duduki peperiksaan Selasa

Lebih 10,000 calon STAM di Malaysia, Kemboja mula duduki peperiksaan Selasa

Kementerian Pendidikan berkata, seramai 10,078 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu yang akan diadakan di 257 pusat peperiksaan di Malaysia dan Kemboja

PUTRAJAYA – Peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 akan dijalankan pada 16, 17, 18, 22 dan 23 Oktober ini.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Pendidikan berkata seramai 10,078 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu yang akan diadakan di 257 pusat peperiksaan di Malaysia dan Kemboja dan dikendalikan oleh 1,102 petugas yang telah dilantik.

Menurut kenyataan itu calon peperiksaan merangkumi pelajar sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan (27%); sekolah menengah agama negeri (48.6%); sekolah menengah agama rakyat (8.4%); sekolah swasta (0.6%); calon persendirian (14.2%) dan calon luar negara (Kemboja) (1.2%).

Calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan STAM 2018 untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

“Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my.

“Calon diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar,” demikian menurut kenyataan itu. – Bernama

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *