Home » Langit Terbuka » Lebih 125,000 jemaah tunai umrah dalam fasa pertama

Lebih 125,000 jemaah tunai umrah dalam fasa pertama

Fasa pertama umrah tamat Sabtu lalu dan Arab Saudi menerima lebih 125,000 jemaah. - Foto arkib YADIM

JEDDAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memaklumkan lebih 125,000 jemaah menunaikan umrah dalam fasa pertama selepas lebih enam bulan sekatan dikuatkuasakan berikutan penularan COVID-19.

Kementerian turut mengesahkan, setakat ini, tiada jangkitan COVID-19 direkodkan dalam kalangan jemaah.

“Fasa pertama tamat Sabtu lalu dan kami menerima lebih daripada 125,000 jemaah,” kata Ketua Perancang dan Strategi di Kementerian Haji dan Umrah, Dr Amr Al-Maddah.

Beliau berkata, aplikasi I’tamarna yang diwajibkan bagi mengawal kemasukan jemaah berikutan pandemik COVID-19 telah dimuat turun lebih 2.5 juta pengguna setakat ini.

Dalam wawancara dengan Al Ekhbariya, beliau berkata, Masjidil Haram telah menerima 40,000 permohonan untuk memasuki Tanah Suci dan 15,000 lagi akan menunaikan ibadat umrah bagi fasa kedua.

Al-Maddah turut menekankan, tiada permit bagi umrah dan ziarah dikeluarkan kecuali melalui aplikasi berkenaan.

Beliau meminta umat Islam berhati-hati kerana terdapat aplikasi atau platform palsu bagi mengelirukan masyarakat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *