Home » Langit Terbuka » Lebih 37,000 Bakul Rahmah akan diagih tahun ini

Lebih 37,000 Bakul Rahmah akan diagih tahun ini

Datuk Seri Salahuddin Ayub melancarkan Bakul Rahmah pada hari ini yang akan dihantar ke beberapa kawasan di ke Kedah, Perak dan Perlis. - Foto Selangorkini

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mensasarkan 37,373 kumpulan miskin tegar untuk mendapat manfaat Bakul Rahmah, sepanjang tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, jumlah tersebut adalah 30 peratus daripada keseluruhan 124,578 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar yang telah dikenal pasti seluruh negara.

Jelasnya, Bakul Rahmah yang dilancarkan pada hari ini akan dihantar beberapa kawasan di ke Kedah, Perak dan Perlis dengan mensasarkan golongan miskin tegar.

“Pelaksanaan Bakul Rahmah ini merupakan kerjasama bersama rakan strategik, pemain industri (pasar raya) agensi Kerajaan, Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan dan sebagainya.

“Inisiatif ini tidak melibatkan kos daripada pihak kerajaan ekoran pemain industri dilihat semakin bersungguh untuk menyalurkan kebajikan kepada rakyat.

“Hari ini kita telah berjaya melancarkan dan menggerakkan sebanyak lapan buah lori dengan sebanyak 2,000 kotak Bakul Rahmah berbentuk makanan asas daripada Yayasan Global Mesra (YGM),” katanya dalam Majlis Pelancaran Inisiatif Bakul Rahmah, di Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia, hari ini.

Tambah Salahuddin, Bakul Rahmah akan dihantar ke Pusat Khidmat Adun di setiap kawasan bagi diuruskan oleh wakil-wakil, penghulu atau ketua kampung sebelum diserahkan kepada golongan miskin tegar di kawasan tersebut.

Ujarnya, sebanyak 18,000 Bakul Rahmah lagi akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan sebelum menjelang Ramadan dimana setiap satu bernilai RM100.

Inisiatif BakuI Rahmah adalah satu daripada empat elemen menerusi program Payung Rahmah bertujuan membantu golongan B40 dan miskin tegar bagi mendepani isu kos sara hidup yang tinggi.

Payung Rahmah membabitkan empat elemen, iaitu Bakul Rahmah, Kafe Rahmah, Jualan Murah Rahmah dan Barangan Rahmah bagi menyantuni golongan itu. – KOSMO! ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *