Lebih 37,000 Bakul Rahmah akan diagih tahun ini

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mensasarkan 37,373 kumpulan miskin tegar untuk mendapat manfaat Bakul Rahmah, sepanjang tahun ini. Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, jumlah tersebut adalah 30 peratus daripada keseluruhan 124,578 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar yang telah dikenal pasti seluruh negara. Jelasnya, Bakul Rahmah yang […]

Datanglah lagi ke Melaka

AYER Keroh – “Datanglah lagi ke Melaka, orang Melaka sedia menanti,” kata Exco Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga Dan Kebajikan Melaka, Yang Berhormat Datuk Kalsom Nordin yang jelas gembira dengan penganjuran Souq@Keluarga Malaysia oleh YADIM pada 16 Oktober. Menurutnya, kerajaan Melaka mengalu alukan lagi sekiranya program membawa manfaat pada rakyat ini diadakan lagi selepas […]

Dakwah berkebajikan untuk 500 warga Taman Dato’ Senu menerusi Souq@YADIM

SENTUL – Kira kira 500 orang penduduk Taman Dato’ Senu di sini menerima manfaat menerusi program Souq@YADIM yang diadakan pada 27 April. Mereka yang hadir ke Madrasah Raudhatul Muttaqin di sini menerima set keperluan Aidilfitri berupa barangan dapur seperti ayam segar, telur, bawang dan sayur-sayuran. Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dalam […]

Program Musaadah YADIM Melaka

TANJUNG DAHAN – Pada 13 Mac, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka mengadakan beberapa program menyantuni masyarakat di sekitar daerah Alor Gajah. Selepas selesai bersama Orang Asli di Bukit Sebang pada sebelah pagi, program diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada asnaf yang dikenalpasti di kawasan ini. Program ini diadakan dengan rakan kerjasama strategik Kementerian Pembangunan Usahawan […]

Cadangan kerjasama YADIM – Persatuan Kebajikan Mohd Chan

PUTRAJAYA – Satu perbincangan ringkas telah diadakan antara pengasas rangkaian Restoran Mohd Chan dan Persatuan Kebajikan Mohd Chan, Datuk Mohd Chan Abdullah dengan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Perbincangan di ibu pejabat YADIM di sini pada 22 Februari itu antara lain menyentuh mengenai kerjasama dalam program kebajikan […]

36 set sumbangan untuk mangsa banjir oleh YADIM Sabah

PENAMPANG – Bertempat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Penampang di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 18 Januari telah menyerahkan sumbangan bantuan keperluan harian dan kit penjagaan kebersihan diri untuk 20 keluarga mangsa banjir. Sumbangan diserahkan kepada Pegawai Kebajikan Daerah Penampang, Christina Eron. Pengarah RELA Sabah dan Ketua Polis Penampang, Deputi […]

Projek rintis serap jawatan guru KAFA dipinda tahun depan

KUALA LUMPUR – Inisiatif pelaksanaan projek rintis pembelajaran Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang sepatutnya dilaksanakan pada tahun ini terpaksa dipinda pada tahun seterusnya susulan pandemik koronavirus (Covid-19) yang melanda negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, inisiatif diusahakan kerajaan terdahulu itu sedang giat […]

TH jaga kebajikan rakyat Malaysia terkandas di Jeddah

MAKKAH – Sekumpulan 26 rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah dekat sini sejak jam 7 malam tadi (5 Ogos), selepas kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan kemasukan mereka untuk mengerjakan haji pada musim ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata kumpulan itu tiba menggunakan penerbangan komersial dari […]

Malaysia bangga pencapaian Tabung Haji

SEPANG – Malaysia bangga menerima pujian dan pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi dan negara-negara Islam atas pencapaian Lembaga Tabung Haji (TH) yang menguruskan ibadah haji jemaah negara dengan baik, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Ketika berucap pada majlis selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci bagi musim haji 1440/2019 di Kompleks […]

Petugas awal Tabung Haji berlepas ke tanah suci

KUALA LUMPUR – Musim haji telah bermula dan jemaah dari seluruh dunia, termasuk negara ini mula melakukan persiapan akhir bagi menunaikan rukun Islam kelima tersebut. Seperti biasa, operasi jemaah haji dari Malaysia akan dikendalikan oleh Lembaga Tabung Haji yang telah dari awal melakukan pelbagai persiapan, sama ada di tanah air atau di tanah suci Mekah […]