Home » Langit Terbuka » Pensijilan halal akan diselaras ikut penanda aras ditentukan

Pensijilan halal akan diselaras ikut penanda aras ditentukan

Ahmad Zahid mencuba makanan yang dihasilkan pengusaha Bumiputera ketika melawat Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR) Batu Caves - Foto ihsan Berita Harian

KUALA LUMPUR: Kriteria bagi mendapatkan pensijilan halal akan diselaraskan mengikut penanda aras yang sudah diperincikan, baru-baru ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perincian penanda aras itu dicapai menerusi perbincangan bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia akan membangkitkan perkara itu pada mesyuarat majlis berkenaan, yang dijadual berlangsung minggu depan.

“Kita akan selaraskan mengikut penanda aras ditentukan dengan melihat semua syarat bagi meminta tempoh tertentu bagi kelulusan atau penambahbaikan (permohonan pensijilan halal).

“Ia (kriteria mengenai kelulusan atau penambahbaikan permohonan) bukannya dalam tempoh terlalu lama dan ini difahami Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta JAKIM,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah melancarkan penjenamaan semula Kompleks Industri Makanan Halal MARA (KIMAR) kepada MARA Halal Industrial Park (MHI Park).

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang; Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Wilayah dan Desa, Datuk Seri Ramlan Harun serta Ketua Pengarah MARA, Datuk Seri Azhar Abdul Manaf. -Berita Harian

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *