Home » Langit Terbuka » Lebih 4,000 syarikat miliki sijil pengesahan halal sehingga November

Lebih 4,000 syarikat miliki sijil pengesahan halal sehingga November

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Sebanyak 4,692 syarikat memiliki sijil pengesahan halal Malaysia sehingga November ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, daripada jumlah itu, hanya 26.4 peratus atau 1,244 syarikat Bumiputera dalam sektor pembuatan memiliki sijil halal berbanding bukan Bumiputera.

Asyraf Wajdi berkata, faktor yang menyebabkan berlaku perbezaan ketara itu adalah kerana jumlah bilangan Bumiputera yang menguasai sektor pembuatan rendah berbanding pengusaha bukan Bumiputera.

“Selain itu, persepsi segelintir Bumiputera yang tidak memohon adalah kerana menganggap seolah-olah permohonan sijil halal mahal, walhal untuk syarikat-syarikat kecil sebenarnya bermula serendah RM100 dan perlu perbaharui sijil dua tahun sekali.

“Malah ada juga yang tidak mencapai standard Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP),” katanya menjawab soalan Senator Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah berkenaan sejauh manakah usaha yang dijalankan bagi meningkatkan jumlah pemilikan sijil halal oleh Bumiputera. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *