Home » Langit Terbuka » Lebih banyak masjid sedia WiFi percuma

Lebih banyak masjid sedia WiFi percuma

Mohamad menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Masjid Ibn Khaldun, Kariah Lavendar Heights, Mohd Asna Amin pada Majlis Pelancaran Masjid Ibnu Khaldun di Lavendar Heights, Senawang di Seremban.

SEREMBAN: Lebih banyak masjid di negeri ini bakal dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar (WiFi) sebagai sebahagian inisiatif kerajaan negeri menarik golongan muda mengimarahkan masjid.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan negeri membenarkan syarikat telekomunikasi menggunakan menara masjid untuk memasang pemancar yang dapat memberi kemudahan WiFi percuma di masjid dan kawasan berhampiran.

“Masa sudah berubah. Kita mahu banyak pihak terutama belia dan kanak-kanak mengimarahkan lagi masjid bukan sekadar untuk solat tetapi sebagai pusat untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

“Dalam situasi hari ini yang hidup dalam dunia realiti dan siber, penggunaan Internet sangat penting terutama kepada generasi muda yang banyak bergantung kepada kemudahan itu.

“Menerusi kemudahan WiFi percuma ini, saya percaya ia akan menarik minat mereka untuk ke masjid,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Masjid Ibnu Khaldun di Lavendar Heights, Senawang di sini, hari ini.

Turut hadir, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohd Ghazali Wahid.

Selain itu, beliau berkata, masyarakat Islam perlu menghidupkan semula ‘semangat’ masjid sebagai institusi pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah.

“Untuk menanamkan cinta terhadap masjid, ia perlu dipupuk dari muda. Kita mahu lebih ramai anak muda menghargai masjid dan bersama-sama mengimarahkannya,” katanya.

Pada majlis itu, Mohamad turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada pihak masjid sebelum menunaikan solat Jumat bers ama lebih 300 jemaah. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *